Tuesday, January 18, 2011

Kelong Acheh, Mersing, Johor

Pengalaman memancing di Kelong Acheh merupakan satu kenangan indah buat kaki pancing. Di kelilingi pulau-pulau yang indah dan kini dalam pembangunan seiring dengan pembangunan negara. Tiupan angin Laut China Selatan  yang menerpa muka memberikan kenikmatan kepada mereka yang bergelar 'Kaki Pancing'.
Kelong Acheh, an oasis of tranquility nestled among beautiful islands and untouched by modern development, is your ticket to escape the hustle and bustle of the city. Enjoy the rustic charm of a fishing outpost, relax and unwind to the sound of gentle waves and savor the beauty of its amazingly beautiful sunsets …



Boat Transfer - Bot ke Kelong
Boat transfer service to the kelong from Penyabong Jetty and back is provided from 8am to 8pm daily - FREE
Perkhidmatan penghantar ke kelong dari Jeti Penyabongdan balik adalah dari 8pg hingga 8malam setiap hari - PERCUMA
Fishing Boat Rental - Sewa Bot Memancing
Prices / Harga
Boat rental from 8am till 4pm
Penyewaan bot dari pukul 8pg hingga 4ptg
RM 450.00
Boat rental from 8pm till 3am
Penyewaan bot dari pukul 6mlm hingga 9pg
RM 600.00
Prices include meals, open sea fishing boat ice and also fish bait (depending on availability)
Harga termasuk makanan, air batu dan umpan sotong (tertakluk pada bekalan yang ada)
Trawling

Prices / Harga
Half day boat rental
Penyewaan bot selama satu hari
RM 300.00

Tuesday, November 9, 2010

Hubungi Kami

Pihak kami mengalu-alukan sebarang perkongsian maklumat berkaitan aktiviti memancing.

Udang Galah



Udang galah  (saintifik: Macrobrachium rosenbergii) merupakan sejenis udang air tawar. Si Sepit Biru adalah nama jolokan oleh kaki-kai pancing.


Habitat;
Udang galah merupakan spesis udang air tawar, namun ia juga ditemui di kawasan air payau (sungai yang menjadi pertembungan air tawar dan air masin). Udang galah amat gemar mendiami habitat sampah sarap, ranting-ranting dan air sedikit berarus kerana di situ dikatakan banyak makanan. Semasa air pasang dan keadaan air keruh, udang akan mencari makan berhampiran tebing sungai.


Umpan:
Umpan yang selalu digunakan oleh pemancing
  • umpun-umpun merah
  • cacing
  • anak udang
  • hati ayam yang dihiris kecil

Sunday, November 7, 2010

Jenahak

Jenahak (english: Mangrove snapper, saintifik:Lutianus johni ) merupakan spesis ikan air masin yang cukup popular di kalangan pemancing. Selain rasa isinya yang sedap, ia juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran. Kebanyakan pemancing di Malaysia memanggil ikan jenahak bersaiz kecil sebagai ikan tanda-tanda. Tompok di bahagian belakang badannya yang seperti tanda dan sisik gemerlipan merupakan identiti ikan Jenahak

Jenahak (english: Mangrove snapper, saintifik:Lutianus johni)
Lokasi lubuk jenahak biasanya berupa kawasan-kawasan berkarang dan tukun-tukun buatan manusia, termasuklah kapal karam. Biasanya Jenahak aktif pada waktu lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12 -6 pagi. Ia akan berhenti makan setelah cahaya fajar mula terbit di garisan lautan. Oleh itu, mahu tidak mahu setiap pemancing haruslah bersedia untuk berjaga pada waktu tersebut. Namun tidak dinafikan ada juga di sesetengah tempat ia dapat dipancing pada waktu siang hari.



















Jenahak lebih gemar memilih umpan segar dengan umpan yang masih hidup menjadi tumpuan. Antara umpan hidup yang menjadi menu utamanya ialah cumit, kurita dan udang lipan. Bagaimanapun, kadangala umpan hirisan juga boleh menjadi tarikan jenahak. Dengan sifat-sifatnya yang pemalu dan berhati-hati memilih umpan, kaedah utama yang efektif menjerat jenahak ialah pancingan dasar. Kaedah lain seperti jigging hanya sesuai di sesetengah tempat tertentu sahaja.





Kongsi pengalaman memancing anda di blog ini. Sila emailkan gambar/video dan keterangan
ke taikmancing ( viperxfalcon@gmail.com)

Jebung

Triggerfish  
Abalistes stellaris

Gerut-Gerut

Grunter  
Promadasys spp.

Ikan Bulan

Indo-Pacific tarpon   
Megalops cyprinoides
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...