Sunday, November 7, 2010

Jenahak

Jenahak (english: Mangrove snapper, saintifik:Lutianus johni ) merupakan spesis ikan air masin yang cukup popular di kalangan pemancing. Selain rasa isinya yang sedap, ia juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran. Kebanyakan pemancing di Malaysia memanggil ikan jenahak bersaiz kecil sebagai ikan tanda-tanda. Tompok di bahagian belakang badannya yang seperti tanda dan sisik gemerlipan merupakan identiti ikan Jenahak

Jenahak (english: Mangrove snapper, saintifik:Lutianus johni)
Lokasi lubuk jenahak biasanya berupa kawasan-kawasan berkarang dan tukun-tukun buatan manusia, termasuklah kapal karam. Biasanya Jenahak aktif pada waktu lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12 -6 pagi. Ia akan berhenti makan setelah cahaya fajar mula terbit di garisan lautan. Oleh itu, mahu tidak mahu setiap pemancing haruslah bersedia untuk berjaga pada waktu tersebut. Namun tidak dinafikan ada juga di sesetengah tempat ia dapat dipancing pada waktu siang hari.



















Jenahak lebih gemar memilih umpan segar dengan umpan yang masih hidup menjadi tumpuan. Antara umpan hidup yang menjadi menu utamanya ialah cumit, kurita dan udang lipan. Bagaimanapun, kadangala umpan hirisan juga boleh menjadi tarikan jenahak. Dengan sifat-sifatnya yang pemalu dan berhati-hati memilih umpan, kaedah utama yang efektif menjerat jenahak ialah pancingan dasar. Kaedah lain seperti jigging hanya sesuai di sesetengah tempat tertentu sahaja.





Kongsi pengalaman memancing anda di blog ini. Sila emailkan gambar/video dan keterangan
ke taikmancing ( viperxfalcon@gmail.com)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...