Udang galah (saintifik: Macrobrachium rosenbergii) merupakan sejenis udang air tawar. Si Sepit Biru adalah nama jolokan oleh kaki-kai pancing.
Habitat;
Udang galah merupakan spesis udang air tawar, namun ia juga ditemui di kawasan air payau (sungai yang menjadi pertembungan air tawar dan air masin). Udang galah amat gemar mendiami habitat sampah sarap, ranting-ranting dan air sedikit berarus kerana di situ dikatakan banyak makanan. Semasa air pasang dan keadaan air keruh, udang akan mencari makan berhampiran tebing sungai.
Umpan:
Umpan yang selalu digunakan oleh pemancing
- umpun-umpun merah
- cacing
- anak udang
- hati ayam yang dihiris kecil
No comments:
Post a Comment